Posts

Showing posts from December, 2017

Refleksi Diri - Benedict Alter (A165458)

      Pada semester ini, saya telah di beri peluang untuk membuat satu projek yang berimpak di bawah subjek Citra Pembangunan Diri. Oleh itu, kumpulan saya, iaitu kumpulan Vivacious telah bergabung tenaga dengan kumpulan Peony membentuk satu kumpulan yang besar di anggotai seramai dua belas orang. Pada awalnya kami memilih projek Proofread buddies yang menyediakan servis untuk memperbaiki esei ataupun laporan para pelajar di  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Namun kertas kerja kami di tolak oleh Puan Fatin. Antara alasannya ialah projek sebegini melibatkan pengeluaran keluar masuk wang dan  mengambil masa yang lama. Sekali lagi kami semua duduk berbincang dan akhirnya kami mencapai kata sepakat untuk membuat projek mengajar Bahasa Inggeris melalui cara yang mudah di fahami. Projek ini sangat sesuai dengan latar belakang kami yang melanjutkan pengajian dalam bidang Bahasa Inggeris. Ini memberi peluang kepada kami untuk mengajar masyarakat di luar sedikit sebanyak ilmu yang kami pelajari. Dengan persetujuan dari Puan Fatin, kami telah menubuhkan sebuah blog sebagai medium tetap dalam berkongsi pengetahuan mengenai Bahasa Inggeris. Kami juga memuat naik video yang berkaitan dalam laman web ‘Youtube’ di samping berkongsi satu perkataan baru setiap hari.

           Sejujurnya saya berasa sangat gembira dapat menjalankan projek ini. Projek ini telah mengubah pandangan saya tentang bahasa Inggeris kerana saya mendapat lebih banyak lagi pengetahuan tentang Bahasa Inggeris walaupun hakikatnya sudah berbelas tahun sejak di bangku sekolah lagi saya di dedahkan dengan Bahasa Inggeris. Selain itu, projek ini telah menambah keyakinan golongan marhaen untuk bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Saya juga telah memperbaiki kemahiran dalam menyunting video. Di samping itu, saya telah belajar betapa pentingnya sikap berkerjasama kerana tanpa bantuan dari setiap ahli kumpulan, projek ini tidak akan berjalan dengan lancar.


          Pada pendapat saya, antara kelemahan projek ini pula ialah kekurangan intipati dalam blog kerana sepatutnya banyak lagi informasi boleh di tambah dalam masa yang diberikan. Walau bagaimanapun, saya akui saya tidak menggunakan masa yang diberikan dengan semaksima mungkin untuk menjalankan projek ini kerana kelekaan saya. Selain itu, di sebabkan posts dalam blog tidak konsisten membuatkan jumlah para pembaca blog kami tidak menentu. Antara penambahbaikan yang boleh di buat dalam projek ini ialah dengan membuat kajian terlebih dahulu melalui Google form atau temu ramah dengan orang luar. Dengan itu, kita dapat mengetahui apa yang kurang jelas dan boleh ditambah lagi tentang Bahasa Inggeris di mata masyarakat. Saya juga bercadang untuk menambah satu lagi pendekatan yang menyeronokkan dalam mengajar Bahasa Inggeris iaitu dengan mencipta kuiz melalui  laman web seperti Kahoot. Pendekatan ini boleh dijalankan selepas tamat tempoh projek di mana sesiapa sahaja boleh bermain Kahoot yang disediakan untuk mengenal pasti sama ada mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam permainan atau tidak.

Refleksi Diri Aliya Syaffa (A163838)

REFLEKSI PROJEK “IT’S ENGLISH TIME”
Oleh: Aliya Syaffa binti Shahril (A163838)

Projek “It’s English Time” ialah sebuah projek gabungan Peony dan Vivacious yang mempunyai ahli kumpulan seramai dua belas orang. Kami adalah sekumpulan pelajar TESL, tahun pertama, yang mengambil kursus citra Pembangunan Diri di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan kami bersama untuk melakukan projek ini adalah untuk membantu masyarakat Malaysia mefasihkan dan menyedari kepentingan berbahasa Inggeris. Untuk projek ini, kami telah berkumpul dan berbincang ramai-ramai untuk perlantikan ahli jawatankuasa, pembuatan proposal dan pembahagian tugas. Pada pendapat saya, projek ini telah banyak membantu saya menambah ilmu pengetahuan seperti cara-cara pembikinan blog dan memahirkan kemahiran bekerjasama dan berkomunikasi dengan ahli-ahli lain. Selain daripada itu, saya juga berasa amat bersyukur atas semua kerjasama dan pengorbanan masa daripada semua ahli-ahli untuk menjayakan projek ini. Seterusnya, kami juga telah menerbit dua buah blog iaitu satu untuk blog projek “It’s English Time” dan satu lagi untuk blog formal seharian yang menjejaki perjalanan projek tersebut. Pengalaman yang paling menyeronokkan untuk saya ialah apabila merakam sebuah video untuk dibentangkan kepada Puan Hazwani, bahagian yang saya dan rakan saya ialah latar belakang projek.  Saya juga bangga kerana semua rakan-rakan saya bertungkus-lumus untuk melengkapkan kedua-dua blog kami. Saya berharap projek kami iaitu “It’s English Time”, dapat membantu semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris. Akhir sekali, kami juga berharap agar masyarakat sedar kepentingan bahasa Inggeris dapat meningkatkan peluang pekerjaan masyarakat dan peluang melanjutkan pelajaran para pelajar di Malaysia.

Refleksi Diri - Nur Asyikin Bt Mohd Zaki (A163120)

Kursus Pembangunan Diri (LMCR1052) sepertimana namanya mengajar pelajar untuk bersikap professional dan berdikari dalam menjalankan tugasan yang diberi. Jika ditanya apakah yang saya pelajari sepanjang kursus ini, jawapan pertama yang saya akan berikan ialah kursus ini merupakan satu latihan persedian untuk alam pekerjaan yang bakal dihadapi oleh graduan kelak. Saya menjawab sedemikan kerana saya percaya, akan datang, jika kita diterima bekerja disebuah syarikat, atau institusi, kita tidak akan diberikan tugasan yang mudah, diawal tugasan kita akan diuji dengan projek yang berada diluar zon keselesaan kita untuk melihat samada kita mampu bekerja dibawah tekanan dan mempunyai kemahiran untuk menyempurnakan tugasan yang diberikan. Perkara kedua yang saya pelajari, ialah kerjasama sepasukan amat penting kerana seperti yang pernah disebut oleh pensyarah kami, setiap orang mempunyai kemampuan dan kelemahan yang berbeza.  Untuk menghasilkan projek yang berkualiti, sukar untuk dilakukan tanpa usaha bersama.
Bagi projek yang bernilai 70% kami pula, atas persetujuan semua ahli pasukan, kami membangunkan sebuah platform yang memberi khidmat bantuan Bahasa Inggeris kepada orang ramai kerana pasukan kami yang terdiri daripada pelajar TESL mempunyai kefahaman yang mencukupi tentang bahasa tersebut. Perancangan awal kami ialah “Proofread Buddies”, suatu khidmat menerusi email yang memberikan bantuan semakan projek dan essay Bahasa Inggeris pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.  Namun, idea projek tersebut ditolak oleh pensyarah kami kerana ianya merupakan sesuatu yang rumit. Oleh sebab itu, kami wujudkan satu blog yang dinamakan “It’s English Time” untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan, dan mempunyai kekangan masa, mempelajari Bahasa Inggeris secara seronok dan mudah, tanpa bayaran dan pada bila-bila masa sahaja asalkan mempunyai jaringan internet.
Untuk projek ini juga, kami dibahagikan mengikut dua kumpulan iaitu Peonies dan Vivacious. Setiap kumpulan ini juga mempunyai tugas masing-masing untuk memastikan blog kami sentiasa aktif. Sebagai contoh, satu kumpulan mengajar Bahasa Inggeris menggunakan medium interaktif seperti video, dimana mereka mencipta video yang singkat tetapi menarik dan bermanfaat. Tidak hanya dimuatnaik ke  blog, video-video tersebut turut dimuatnaik ke Youtube. Kumpulan yang seterusnya pula, ditugaskan untuk berkongsi maklumat menerusi penulisan diblog tersebut. Apa yang menarik perhatian saya ialah penggunaan gambar, melihat kreativiti penulis untuk mengaitkan gambar tersebut dengan topik yang diterang. Ianya amatlah menarik.

Akhir kata, saya amat mengagumi kemampuan ketua kami, Mai, kerana sangat perihatin akan kemajuan projek dan ahli pasukan. Mai juga merupakan seorang yang berfikiran jauh, bagi mengelakkan permasalahan pada masa akan datang, dia terlebih dahulu membahagikan tugasan, agar setiap ahli maklum akan tugasan masing-masing mereka. Selain itu, setiap ahli juga amat memahami kelainan kolej dan jadual kuliah masing-masing dan tidak memaksa untuk melakukan perjumpaan secara semuka. Platform media social, Whataspp digunakan sepenuhnya untuk menanyakan progress, cadangan dan perbincangan. Syukur, di penghujung projek, setiap ahli rela berganding bahu dan saling bantu-membantu untuk merealiasikan projek bersama ini.

Refleksi Diri - Nasimah binti Shamsuri (A166628)

Melalui projek ini, banyak ilmu yang telah saya peroleh dan berjaya praktikkan dalam kehidupan seharian. Antara elemen yang terpenting yang saya pelajari ialah kerjasama dalam kumpulan. Saya juga memahami kepentingan sikap toleransi dalam kumpulan. Walaupun pelbagai dugaan yang telah kami hadapi contohnya kertas kerja ditolak, kami masih bekerjasama memperbaiki segala kelemahan yang ada. Selain itu, komunikasi dalam kumpulan juga amatlah perlu diutamakan. Justeru itu, sesuatu projek seharusnya mempunyai organisasi yang baik agar komunikasi antara ahli kumpulan dapat berjalan lancar. Semasa projek dijalankan, saya juga dapat memerhati beberapa kekurangan dalam kumpulan kami seperti penyampaian mesej yang tidak jelas dan sebagainya. Namun, perkara tersebut dapat diatasi apabila kami melakukan diskusi secara berkumpulan dan merumuskan segala perkara yang telah dibincangkan.

Semasa program ini dilaksanakan, saya dapat merasakan bahawa skil komunikasi saya semakin berkembang. Hal ini kerana saya perlu berinteraksi dengan golongan yang menggunakan blog kami sebagai sumber pembelajaran mereka. Melalui itu, kami dapat mengetahui kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Pada mulanya, kami kurang peka dengan perkara-perkara yang perlu diketengahkan di dalam blog kami iaitu itsenglishtimeee.blogspot.com. Namun begitu, setelah mendapat maklum balas dari pelawat-pelawat blog kami, dari situ kami dapat menjana idea-idea yang bernas tentang topik yang perlu diketengahkan. Selain itu, kami juga dapat meningkatkan keyakinan diri dalam berinteraksi dengan orang luar. Hal ini kerana, sebelum ini saya tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan orang ramai kerana saya khuatir saya akan melakukan kesalahan dalam pertuturan saya. Namun dengan adanya projek ini, saya dapat meningkatkan potensi diri dalam berkomunikasi.

Akhir sekali, projek ini mencabar saya dalam melakukan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan sebelum ini. Sebagai contoh, pencarian dana yang dilakukan ketika Program Indahkan Bangi yang lepas. Bagi saya, perkara-perkara ini sedikit sebanyak dapat membentuk diri saya menjadi pelajar yang mahir dalam mengendalikan sesuatu program. Sebelum ini, saya hanyalah peserta dalam program-program yang dianjurkan oleh orang lain. Pada kali ini, saya berpeluang merasai sendiri menjadi ahli yang penting dalam sesebuah organisasi projek. Walaupun pada mulanya saya tidak mahir dalam mengendalikan projek, saya belajar daripada pensyarah penasihat, kerana setiap ulasan yang diberikan amatlah bermakna dan sarat dengan ilmu pengetahuan. Sebagai pengakhir kata, kursus Pembangunan Diri membantu saya dari pelbagai aspek serta meningkatkan potensi diri saya dari seorang pelajar yang agak pasif kepada seseorang yang semakin proaktif.

Refleksi Diri - Farashafilia binti Saipollah (A163387)

Perlaksanaan blog ini dijalankan oleh dua kumpulan, Peony dan juga Vivacious. Pada awalnya, kami telah berbincang untuk membuat servis proofreading namun ide kami itu telah ditolak. Maka, kami bercadang untuk menubuhkan blog yang dapat membantu rakyat Malaysia yang ingin membelajari Bahasa Inggeris.

Kami bercadang untuk mengendalikan projek ini dengan dua cara, iaitu secara lisan dan penulisan. Kami telah menggunakan medium YouTube sebagai medium untuk kami mengendalikan projek secara lisan. Kami telah menggunakan kedua-dua Bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk memberikan keterangan didalam semua isi video. Hal ini, adalah untuk membantu pemca dan penontoton untuk lebih memahami isi yang diterangkan.

Antara perkara yang telah kami jelaskan menggunakan blog secara penulisan adalah penerangan tentang ‘tenses’. Penulisan sebegini mungkin tidak dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada penbaca tetapi ia membantu mereka yang tidak mempunyai masa ataupun jaringan internet yang banyak untuk menonton video kami. Semasa pembikinan blog, kami telah mengambil kira pelajar-pelajar yang tidak seuntung yang lain untuk memiliki sumber jaringan internet yang banyak, maka terhasilah isi-isi blog.

Selain itu, kami telah memuat naik beberapa video kedalam YouTube, dan menyediakan pautan kedalam blog bagi memudahkan pembaca untuk membuka halamn video dengan hanya satu klik. Tujuan kami membuat video-video tersebut adalah untuk membantu mereka yang memerlukan visual untuk belajar. Selain itu, kami juga mempunya video tentang cara sebutan perkataan, iaitu ‘Silent Letters’ dimana ada huruf yang terkandung dalam sesuatu perkataan itu, tidak akan didengari apabila menyebutnya. Sepanjang proses pembikinan video ini, saya sendiri banyak mempelajari beberapa perkataan baru. Secara tidak langsung, saya dapat miningkatkan ilmu saya sambal mengongsi ilmun dengan orang diluar sana.

Banyak perkara yang kami lalui semasa proses projek ini berjalan, ada kalanya kami terlalu sibuk dengan kerja yang lain sehingga terlupa dengan kerja yang satu ini. Namun, dengan kerja sama yang baik daripada ahli-ahli kumpulan, saya berasa semua kerja menjadi mudah. Sepanjang menjalankan projek ini saya mendapat banyak faedah dan juga pelajaran. Saya perlu lebih peka dengan pengurusan masa dan kerja sama berkumpulan.

Sejujurnya saya berbangga dengan projek ini walaupun banyak memberi tekanan kepada saya. Ini desebabkan, walaupun pemprosesan projek ini sedikit mengambil masa, saya bangga apabila dapat membantu orang lain mempelajari seusatu yang baru dan mudah tentang Bahasa Inggeris. Seain, mengajar masyarakat Malaysia, projek ini juga telah membuka mata saya kepada perkara-perkara lain yang saya sendiri baru mengetahui.

Refleksi Diri - Nur Emalyn Aisyah binti Maslihaizan (A165645)

Projek 70% kumpulan kami adalah It’s English Time. It’s English Time ialah satu program yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan medium yang mudah untuk diakses oleh semua orang iaitu blog. Kami mengetengahkan kaedah audio-visual di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kami bagi memudahkan semua golongan pelajar untuk belajar dan kami juga sertakan kaedah penulisan bagi memudahkan lagi proses pembelajaran. Kami juga juga menerapkan pembelajaran secara fun way bagi menarik minat umum untuk belajar Bahasa Inggeris.

Terdapat banyak perkara yang saya belajar dari program ini. Antaranya adalah sikap beertanggungjawab. Hal ini dikatakan demikian kerana program ini merupakan kerja kumpulan dan memerlukan semua ahli untuk bekerjasama dan melakukan tugas masing-masing. Program ini memerlukan semua ahli untuk memberi komitmen dan idea. Selain itu, saya juga mempelajari pelbagai kemahiran baru dan juga mampu memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Hal ini kerana ini kali pertama saya melakukan program yang menggunakan blog sebagai medium pembelajaran dan pengajaran. Program ini mampu memberi kesedaran kepada saya bahawa proses pembelajaran boleh berlaku dengan pelbagai kaedah. Ianya juga sejajar dengan arus teknologi yang pesat pada masa kini. Jelaslah bahawa program ini memberi impak yang baik kepada semua.

Setiap program pasti mempunyai kelemahan. Program kami juga mempunyai beberapa kelemahan yang akan kami cuba perbaiki di masa hadapan. Antara kelemahannya adalah kurangnya komunikasi antara ahli kumpulan. Hal ini dikatakan demikian kerana komunikasi yang berkesan adalah perkara yang penting bagi memastikan sesuatu program untuk berjalan lancar. Sekiranya komunikasi kurang, maka maklumat akan gagal untuk disampaikan dengan cepat dan berkesan. Hal ini bakal memberi kesan kepada seluruh ahli dan juga akan memjejaskan perjalanan program. Perjalanan program tertanguh juga berlaku sekiranya maklumat gagal disampaikan. Jelaslah bahawa komunikasi sangat penting dan juga merupakan kelemahan utama bagi saya.

Kesimpulannya, program ini merupakan telah berjaya dijalankan dan mendapat kerjasama dari semua pihak. Program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai. Objektif dan sasaran untuk program ini juga telah mencapai yang diigini. Diharap program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan semoga pada masa hadapan, program sebegini dapat diteruskan dan tetap mendapat sambutan daripada orang ramai.

Refleksi Diri - Nor Najihah binti Mostafa Kamal (A166286)

Projek ‘It’s English Time’ ialah satu projek anjuran, pelajar tahun 1 jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), sebagai projek 70% kursus Citra Pembangunan Diri. Saya sebagai salah seorang daripada 12 ahli kumpulan yang terdiri daripada dua kumpulan kecil yang bernama Peony dan Vivacious. Kami telah bersetuju untuk menggabungkan projek kami kerana faktor kesuntukan masa dan juga kerana projek yang mempunyai objektif dan bentuk projek yang hampir sama.

Daripada projek ini saya telah mempelajari beberapa perkara berfaedah yang membolehkan saya memperbaiki diri saya dari pelbagai aspek. Saya juga tahu dan faham kenapa projek ini bernilai 70% kerana ia banyak membantu saya. Hal ini juga membenarkan saya untuk menulis beberapa refleksi diri penting yang saya capai sepanjang projek berjalan. Antaranya, sebelum ini saya seorang pelajar Asasi UITM. Tempoh pengajian saya hanya setahun jadi saya tidak perlu menjalankan banyak aktiviti yang berasaskan projek oleh kerana masa yang tidak mencukupi. Tetapi saya pelajari bahawa di UKM, untuk mendapatkan gred yang bagus saya tidak boleh hanya belajar sahaja. Hal ini, menjadikan diri saya lebih bijak dalam menguruskan jadual harian, menguruskan diri dan juga menguruskan hal pelajaran.

Seterusnya, saya telah meningkatkan diri saya dari segi berkerja dalam berkumpulan. Kumpulan kami mempunyai 12 ahli kumpulan, maksudnya saya perlu bekerjasama dengan 12 perangai dan individu yang berbeza. Oleh sebab itu, saya telah lihat perubahan diri saya kerana apabila bekerja dengan ramai orang, kita haruslah melakukan kerja kita tepat pada masanya agar kerja orang lain tidak terganggu dan saya boleh lihat bahawa kebanyakkan kerja saya tidak tertangguh dan sentiasa siap pada masa yang sepatutnya.

Selain itu, projek kami juga membolehkan saya melakukan banyak perkara baharu. Sebagai contoh, saya perlu mengajar orang lain tentang Bahasa inggeris. Selain itu, saya harus mengendalikan projek kerana saya adalah antara AJK tertinggi projek. Saya juga perlu menggunakan beberapa laman web (antaranya blogspot) yang saya tidak pernah gunakan sebelum ini. Saya juga telah mempelajari cara-cara berkomunikasi dan berurusan dengan orang-orang yang bermacam ragam. Yang berada dalam kumpulan saya dan juga berurusan dengan orang luar yang lebih berumur daripada diri saya.

Secara kesimpulannya, melalui projek ini saya telah mempelajari banyak perkara yang berfaedah buat diri saya. Saya juga merasakan projek ‘It’s English Time’ kami ini merupakan satu projek yang sesuai untuk subjek Citra Pembangunan Diri kerana saya dapat lihat perubahan dalam diri saya. Saya mengharap projek kami yang awalnya adalah untuk subjek ini sahaja, dapat membantu orang ramai di luar sana supaya menjadi lebih yakin untuk berbahasa inggeris kerana Bahasa inggeris ini sebenarnya tidaklah sesukar yang disangkakan.

Refleksi Diri - Siti Maisarah binti Hameed Sultan (A166352)

Projek 70% yang telah ditugaskan kepada kami bertujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Pada
masa yang sama, projek ini patut memberi input kepada jati diri pelajar kursus pembangunan diri. Untuk kumpulan kami, kami membuat projek yang diberi nama “It’s English Time”.

Saya merupakan ahli Kumpulan Peony. Kumpulan kami bergabung dengan Kumpulan Vivacious untuk menjimatkna masa dan melancarkan proses perjalanan projek kami. Saya merasakan projek kami dapat membantu ramai orang yang ingin belajar Bahasa Inggeris tetapi tidak mempunyai masa atau wang.

Pendekatan yang dibuat adalah melalui video dan penulisan. Kesemua input ini boleh diakses melalui blog kami yang telah diwar-warkan melalui WhatsApp. Jadi mereka hanya perlu mengakses blog kami untuk mempelajari apa yang mereka mahu. Penggunaan platform atas talian ini memudahkan orang ramai kerana mereka boleh akses bila-bila masa, dimana sahaja.

Selain dapat membantu orang ramai dari segi pemantapan Bahasa Inggeris, saya juga rasa bahawa projek ini membantu saya. Saya dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam Bahasa Inggeris juga. Walaupun saya ialah seorang peajar kursus TESL, tetapi kita perlulah sentiasa belajar supaya kita tidak alpa dan bongkak dengan ilmu kita yang tidak seberapa itu.

Kelebihan projek ini ialah orang ramai boleh belajar Bahasa Inggeris dengan mudah. Selain itu, mereka juga dapat menjimatkan masa dan wang. Blog kami mudah diakses dan mereka dapat belajar bila-bila masa, dimana sahaja. Namun begitu, kelemahan yang terdapat dalam projek ini ialah sekiranya tiada jaringan Internet, maka orang ramai tidak dapat mengakses blog kami.

Akhir kata, projek 70% ini sepatutnya memberikan impak kepada orang ramai dan juga kepada diri sendiri. Pada saya, projek yang kami jalankan ini ada memberikan impak kepada orang ramai dari segi penggunaan Bahasa Inggeris yang betul. Projek ini juga memberikan impak kepada diri saya dari segi peningkatan pengetahuan tentang Bahasa Inggeris.

Refleksi Diri - Ummi Hasliza binti Hashim (A166491)

Sebagai pelajar Kursus Pembangunan Diri (LMCR 1052) Universiti Kebangsaan Malaysia, saya telah ditugaskan untuk menjalankan satu projek berkumpulan bagi memenuhi keperluan kursus tersebut. pensyarah kami telah memperuntukkan markah sebanyak 70% bagi tugasan berkumpulan tersebut. Ahli kumpulan saya yang pada asalnya terdiri daripada enam orang ahli telah bergabung dengan satu lagi kumpulan dan menjadikan ahli kami seramai 12 orang. Kami menggabungkan dua kumpulan menjadi satu kerana kami telah kesuntukan masa untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh pensyarah.

Setelah beberapa kali membuat perbincangan sesama ahli kumpulan dan pensyarah, kami telah bersetuju untuk menjalankan satu projek iaitu “It’s English Time”. Kami memilih untuk melaksanakan projek ini kerana semua ahli kumpulan kami adalah daripada Program TESL iaitu Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Kami percaya kami mempunyai ilmu dan kredibiliti untuk memulakan dan menjayakan projek ini. Projek ini adalah satu projek berbentuk ilmiah di mana kami menggunakan Blog dan YouTube sebagai medium untuk mengajar Bahasa Inggeris kepada masyarakat luar. Kami menggunakan Blog dan YouTube kerana kami percaya bahawa kedua-dua medium tersebut mudah diakses oleh setiap individu.

Kami menggunakan dua pendekatan dalam melaksanakan projek ini, iaitu pendekatan secara visual dan penulisan. Bagi pendekatan secara visual, kami telah merekod beberapa video untuk ditunjukkan kepada individu yang melayari pautan Blog dan YouTube kami. Pendekatan ini sangat bagus kerana masyarakat akan berasa lebih berminat untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan melihat video-video yang kreatif daripada kumpulan kami. Pendekatan dalam bentuk penulisan juga dapat menarik minat pembaca kerana kami menggunakan peta minda yang menarik dan kreatif dalam pengajran atas talian kami.

Pengajaran Bahasa Inggeris melalui pendekatan sebegini dilihat dapat memberi banyak faedah kepada masyarakat luar. Hal ini demikian kerana, masyarakat tidak perlu lagi berasa terbeban dari segi masa dan wang untuk mempelajari Bahasa yang dianggap susah ini. Mereka hanya perlu mempunyai jaringan internet yang baik untuk mengakses Blog dan Youtube untuk mengambil input daripada medium yang kami sediakan. Kami juga telah menyediakan input yang mudah difahami supaya mereka tidak berdepan kesukaran semasa mempelajari Bahasa Inggeris.

Setiap ahli kumpulan telah bekerja keras dan telah memberi kerjasama yang baik dalam menjalankan tugasan ini. Kami telah merujuk pelbagai buku dan maklumat di internet sebelum berkongsi input-input tentang pelbagai topik Bahasa Inggeris di Blog dan YouTube kami. Kami berharap agar dengan adanya medium sebegini, masyarakat luar akan berasa lebih yakin dan dapat memupuk minat yang mendalam untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Kami juga mempunyai harapan untuk menghapuskan pemikiran negatif yang ada dalam diri setiap individu yang mengatakan bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa yang sukar untuk dipelajari.

Refleksi Diri - Nurul Najwani Bt Zulkifli (A164017)

Projek berkumpulan yang dianjurkan oleh kumpulan Peony dan Vivacious adalah berteraskan pembelajaran di atas talian dan menggunakan medium blog, yang pada pendapat saya amat mudah di akses dan berkesan memandangkan majoriti masyarakat di Malaysia yang dapat mengakses Internet dengan mudah. Selain daripada itu, tujuan utama projek ini dijalankan adalah untuk memberi tutorial yang mudah difahami oleh masyarakat tempatan.

Sepanjang projek ini berlangsung, saya mendapati diri saya sentiasa mempelajari perkara baharu terutamanya apabila terdapat maklum balas yang bertanyakan soalan-soalan mengenai topik-topik yang di ajarkan di blog. “It’s English Time” juga bertujuan membantu orang ramai yang ingin mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih mendalam tanpa mengeluarkan apa-apa kos.

Saya dan rakan-rakan bekerjasama membahagi tugas supaya setiap hari, terdapat pembelajaran baharu yang di hantar ke blog dan memastikan setiap pertanyaan di jawab dengan etika. Saya mendapati bahawa, tidak kira apa jenis medium yang di gunakan, kita hendaklah ikhlas member dan berkongsi ilmu yang kita ketahui supaya ilmu itu dapat dimanfaatkan dengan orang ramai sebaik mungkin.

Antara aspek penyelesaian masalah yang berlaku adalah apabila saya dan rakan saya mengalami masalah teknikal dengan video yang dirakam. Hal ini berlaku kerana masalah yang timbul apabila klip yang dirakam adalah tersekat-sekat dan suara yang dikeluarkan tidak jelas. Oleh itu, kami bersetuju merakam semula semua babak dan memperbaiki cara kami menyimpan video tersebut. Kami perlu mengulang semula mengedit video tersebut sebelum di muat naik ke blog.

Kepimpinan didalam projek ini adalah sangat baik apabila ketua kami iaitu Siti Maisarah, memantau gerak kerja setiap ahli kumpulan dan menggesa ahli kumpulan yang lalai menyiapkan kerja. Beliau juga membahagikan tugas secara efektif kepada semua ahli kumpulan. Beliau berkomunikasi dengan kami setiap masa melalui group Whatsapp dan meminta ahli kumpulan mengemaskini blog sekiranya terdapat masalah yang berlaku.

Di harapkan melalui projek kami ini, kami dapat membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan dalam mempelajari bahasa Inggeris secara ringkas dan mudah difahami. Semoga semua pihak mendapat manfaat dan impak yang cemerlang sepanjang projek bloh ini berlangsung.

Refleksi Diri - Ain Khomisah Abdul Mu'ti (A166540)

Kursus Pembangunan Diri I (LMCR1052) telah menetapkan bahawa bagi memenuhi kriteria untuk penilaian 70 peratus kami telah disuruh untuk memilih khidmat yang boleh diberikan kepada masyarakat sekeliling. Saya Ain Khomisah Abdul Mu’ti (A166540) dari kumpulan Vivacious telah memilih untuk melakukan khidmat mengajar Bahasa Inggeris secara atas talian kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Kumpulan saya telah bergabung dengan kumpulan Peony kerana kami semua merupakan pelajar TESL. Oleh itu, kami berpendapatan bahawa kami patut menggunakan kelebihan kami itu setelah pensyarah kami, Puan Fatin Hazwani menasihatkan kami untuk menggunakan kebolehan yang ada untuk dijadikan sebagai suatu perkhidmatan. Sebab lain mengapa kami memilih untuk mengajar secara atas talian secara percuma ialah kerana kerugian dari segi kewangan dan masa boleh dielakkan.

Sepanjang proses mengendalikan projek ini, kami telah menetapkan bahawa prinsip utama isi kandungan blog dan video kami adalah dalam bentuk tidak formal dan “fun” kerana pengguna kami merupakan pelajar yang ingin belajar Bahasa Inggeris. Seperti yang kita tahu, Bahasa Inggeris ialah satu jenis ilmu yang berkaitan dengan bahasa. Maka,dalam pembelajaran bahasa kita haruslah menggunakan pendekatan yang menarik supaya lebih mudah untuk pelajar bahasa untuk menghafal perkataan baharu atau peraturan-peraturan yang ada.

Dari mula lagi kami telah berusaha untuk memasukkan aspek-aspek yang penting ke dalam projek kami. Aspek-aspek berikut ialah merupakan yang diperlukan dalam membangunkan diri sendiri dari segi fizikal dan mental.Salah satu daripada aspek yang paling penting ialah komunikasi dan empati. Komunikasi dalam kumpulan kami sendiri di antara ahli telah dibina dan diperkukuhkan dengan melakukan aktiviti yang ada dalam projek bersama-sama dan mengikuti arahan ketua kumpulan. Manakala,komunikasi kami dengan pensyarah telah terbina dengan baik apabila kami melakukan konsultasi dengannya tentang projek kami serta membaik apa-apa kekurangan yang telah disebut. Akhir sekali komunikasi antara kami dan pengguna perkhidmatan kami dibina melalui proses pembelajaran interaktif secara atas talian kami yang memberikan maklum balas apabila ditanya oleh mereka tentang sesebuah topik Bahasa Inggeris yang tidak difahami.

Dari segi empati pula, sepanjang program berlangsung saya dapat memerhatikan bahawa kami semua telah berjaya membina perasaan empati terhadap pengguna perkhidmatan kami terutamanya mereka yang kurang menguasai Bahasa Inggeris. Mereka sudah semestinya berasa rendah diri terutamanya apabila rakan-rakan mereka yang lain ramai yang menguasai subjek tersebut dengan mudah. Jadi kami yang lebih berpengetahuan ini telah berasa bahawa kami perlu untuk membantu mereka yang telah disebutkan supaya menjadi lebih dari sebelumnya.

Kesimpulannya saya telah berasa begitu puas hati dengan apa yang saya dan ahli kumpulan lakukan untuk projek 70 peratus kursus Pembangunan Diri I kami. Saya juga berharap agar perkara-perkara positif yang telah bertambah dalam diri saya akan berkekalan dan membantu untuk menjadikan diri saya lebih baik sekarang.

Pembentangan Poster dalam Bentuk Video

          Disebabkan kesuntukan masa, Puan Fatin Hazwani mengarahkan semua kumpulan untuk membuat pembentangan poster mereka melalui video sahaja. Pada 14 Disember 2017, kami merekodkan pembentangan poster kami di BS14, PPBL. Kesemua ahli kumpulan berpeluang untuk membentangkan bahagian yang dipilih.

          Ini adalah hasil poster kami. Poster ini telah kami cetak dalam bentuk A1. Semasa pembentangan, kami menampal poster ini supaya ianya akan berada didalam video yang dihasilkan.


Adjective (Ways to identify it)

Oleh: Nur Asyikin Mohd Zaki



Untuk post seterusnya, saya mengfokuskan cara untuk mengenalipasti Adjective. Jika ramai masih ingat cara yang selalu diajar di sekolah ialah, kenalpasti sama ada Adjective tersebut menjawab persoalan seperti “Yang mana? Jenis Apa? Jumlahnya? Siapa?”

Namun masih ramai keliru dengan cara ini. Maka saya perkenalkan dua cara yang saya pelajari dari buku “Master your English Grammar”

Cara pertama menerangkan bahawa kebanyakkan Adjective boleh dijumpaai disebelah kiri Kata Nama (Noun) kerana selain Adjective hanya possessive pronoun atau adjective yang akan berada disebelah kiri Kata Nama (Noun). Jika dipisahkan dua perkara tersebut, maka yang tinggal ialah Adjective.




Jika masih keliru samada perkataan tersebut Adjective atau tidak. Cara kedua boleh membantu pelajar mengenali yang mana Adjective berdasarkan suffix

Contoh suffix: -ing, -able,-ible,-eng, -less, -ate, -full, -a, -y, -ous, dan –ive.




Antara sebab-sebab utama saya mengfokuskan topik ini kerana, kebanyakkan rakan saya tidak mempunyai masalah mengenalpasti Kata Sifat dalam ayat Bahasa Melayu tetapi tidak mampu mengenalpasti Adjectives didalam ayat Bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, saya kongsikan cara-cara dan peraturan yang saya pelajari untuk membantu menjelaskan topik ini


Selain itu, segala maklumat yang saya paparkan di post-post terdahulu saya peroleh dari buku, “Master your English Language.” Buku yang digunakan dan disyorkan oleh pensyarah English Grammar II saya di UPSI.

Adjective (The Basic)

Oleh: Nur Asyikin Mohd Zaki

Assalammualaikum, semua.

Terlebih dahulu, benarkan saya untuk menjelaskan makna Adjective. Jika diterjemah ke Bahasa Melayu, Adjective bermaksud Kata Sifat. Selari dengan definisinya,



Adjective digunakan untuk menjelaskan sesuatu, mendeskripsikan seseorang, atau menggambarkan keadaan. Ia juga digunakan untuk menambah makna kepada kata nama (noun). Sebagai contoh (seperti post dibawah).



Berbeza dengan Bahasa Melayu, agak sukar bagi pelajar yang kurang pemahaman Bahasa Inggeris untuk mengenalpasti Adjective didalam sebuah ayat Bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, post seterusnya mengfokuskan cara-cara untuk mengenalpasti Adjective.

Topik : Pronunciation of Silent Letters (Answer for Previous Post)


Pada 15 Disember 2017, satu pos baru telah dibuat di blog kami. Sebelum ini, didalam video kami yang bertajuk Pronunciation of Silent Letter, kami ada bertanya soalan kepada penonton dan pembaca blog kami. Jadi pos ini dibuat supaya kami dapat memberikan jawapan kepada mereka.


Topik : Abstract vs Concrete Noun

Dua jenis Noun yang kami berdua, Santhiyah Subramaniam dan Benedict Alter menjelaskan kepada para pembaca ialah abstract noun/kata nama am abstrak dan concrete noun/kata nama am konkrit. Dengan bantuan laman web seperti pioneerschool.org dan write.com kami telah menyenaraikan isi-isi yang penting dari laman web berikut. Abstract noun merupakan kata nama bagi sesuatu yang boleh dilihat, disentuh mahupun dirasa. Sesuatu itu boleh dikesan oleh pancaindera. Manakala concrete noun ialah  kata nama bagi sesuatu yang tidak wujud secara fizikal. 



Seperti yang dikatakan sebelum ini, kami juga membuat video sebagai satu pendekatan yang lebih menyeronokkan bagi mempelajari bahasa Inggeris. 




Untuk topik Abstract vs Concrete noun, kami telah membuat satu video dengan bantuan Windows Movie Maker. Seterusnya, video tersebut akan di muat naik ke dalam laman web 'Youtube'. Di dalam video yang berdurasi hampir dua minit itu, kami menerangkan contoh-contoh dan perbezaan antara abstract noun dan concrete noun.


Adverbs By Aliya Syaffa

ADVERBS

Assalammualaikum dan hai. Saya Aliya Syaffa binti Shahril dan ini adalah post saya di blog It's English Time!, dan tajuk yang saya pilih ialah tentang "adverbs". Tujuan saya memilih tajuk ini adalah kerana ingin mendedahkan dengan lebih mendalam tentang penggunaan tatabahasa ini. Di dalam post ini, saya telah menyediakan beberapa slides PowerPoint yang menjelaskan tentang "adverbs" dari segi definisi, penggunaan dan diselitkan beberapa contoh mudah agar pembaca dapat memahami gambaran tersebut. "Adverbs" sangat penting dalam merangka sebuah karangan, supaya dapat menarik minat pembaca dan memperoleh markah yang tinggi dalam peperiksaan. Saya berharap dengan post saya ini, saya dapat membantu semua lapisan masyarakat serba sedikit tentang penggunaan "adverbs" dalam Bahasa Inggeris.

Topik : English Time with Wani and Ain

Dalam "post" ini kami telah memuatnaik video berkaitan dengan topik yang disebut dalam "post" kami yang lepas iaitu "Stative Verb". Pada asasnya , "post" ini hanyalah sebagai sambungan daripada "post" kami yang lepas. Ini merupakan pendekatan kami secara visual supaya para pengunjung blog akan berasa lebih tertarik untuk mempelajari sesuatu daripada kami.


Topik : Stative Verb

Salam sejahtera. Saya Ain Khomisah dan rakan, Najwani telah membincangkan tentang "Stative Verb" yang bermaksud kata kerja yang menerangkan sesebuah situasi. "Stative Verb" merupakan sejenis kata kerja yang sering pelajar melakukan kesalahan semasa mengguakannya. Oleh sebab itu kami telah memutuskan untuk membantu mereka yang memerlukan dengan membincangkan topik ini. Walaupun kami berpengetahuan tentang topik ini, kami telah merujuk laman sesawang https//: gingersoftware.com kerana ia dapat membantu kami sendiri supaya tidak mengajar perkara yang salah kepada orang lain. "Stative Verb" merupakan sebuah tajuk yang kecil maka atas sebab itu, "post" berkenaan dengan topik tersebut juga tidak begitu panjang.


Topik : The Simple Past Tense

TOPIK : Proses penghasilan post The Simple Present Tense

          Assalamualaikum dan salam sejahtera, nama saya Nor Najihah Binti Mostafa Kamal. Saya dari ahli kumpulan Peony. Untuk projek It's English Time kami, saya telah ditugaskan untuk menerbit post berkenaan Grammar. Iaitu The Simple Present Tense. Saya dan lagi seorang ahli kumpulan kami telah berkongsi tajuk tetapi dibahagikan dengan subtopik yang berbeza. Ini adalah kerana kami ingin berkongsi maklumat dengan orang ramai semaksima yang boleh.


          Saya telah menerbit post saya dalam bentuk video. Video tersebut telah saya cipta menggunaka Biteable. Iaitu sejenis laman web percuma yang membolehkan seseorang individu mencipta sebuah video menggunakan design dan template yang berbeza-beza, cantik dan tampak profesional.







          Berikut adalah screenshot terbitan post saya dalam blog It's English Time kami. Saya mengharap, terbitan saya serta terbitan kami dapat membantu orang ramai untuk menjadi lebih fasih dan untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam berbahasa Inggeris. Ini adalah kerana kami pelajar jurusa TESL memikirkan bahawa kami perlu memberitahu orang ramai bahawa Bahasa Iggeris tidaklah sesusah yang mereka sangkakan. Sekian Terima Kasih.

Topik : Compound Noun

Kali ini saya, Benedict Alter telah berkongsi dengan para pembaca pengetahuan mengenai compound noun atau lebih dikenali sebagai kata nama majmuk. Kata nama majmuk terhasil daripada gabungan dua atau lebih kata dasar bagi membentuk kata nama lain. 

Antara contohnya ialah bedroom, toothpaste, ice cream dan mother-in-law. Berbekalkan laman web seperti englishgrammar101.com dan gingersoftware.com, saya dapat berkongsi dengan para pembaca tiga perbezaan dalam menulis satu kata nama majmuk. Pada masa yang sama, saya juga dapat belajar fungsi compound noun/kata nama majmuk dalam konteks ayat mahupun pertuturan.



Modality

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya, Nur Emalyn Aisyah dan Nasimah binti Shamsuri telah memilih tajuk modality. Modality adalah reaksi seseorang terhadap sesuatu perkara. Kami memilih tajuk modality adalah kerana ingin menjelaskan dengan lebih dalam kepada umun tentang apa itu modality dan bagaimana untuk mengaplikasikannya. Kami memilih pendekatan menggunakan peta minda dan video untuk menerangkan tentang tajuk kami.


Selain itu, di dalam video kami, kami telah menjelaskan tentang jenis-jenis modality dan kami juga turut sertakan contoh-contoh penggunaan modality.


TOPIK: PAST PROGRESSIVE TENSE

Oleh: Ummi Hasliza

Tajuk kedua yang saya pilih ialah Past Progressive Tense. Tajuk ini juga adalah komponen penting selepas Simple Past Tense yang mesti dikuasai oleh pelajar atau pengguna Bahasa Inggeris. 

Saya menggunakan kaedah penulisan untuk menerangkan tajuk ini kerana saya berasakan kaedah ini lebih mudah difahami oleh pembaca. Saya menggunakan jadual bagi mengasingkan penerangan dan contoh supaya tajuk ini supaya para pembaca tidak terkeliru semasa membaca.

Dengan adanya "blogpost" sebegini, diharapkan supaya masyarakat luar lebih tertarik untuk mempelajari dan mendalami Bahasa Inggeris kerana ternyata bahasa ini adalah tidak begitu susah untuk dipelajari. 



TOPIK: SIMPLE PAST TENSE

Saya Ummi Hasliza dari kumpulan Peony telah memilih tajuk Simple Past Tense untuk diajar kepada para pembaca blog kami.



Saya memilih Simple Past Tense kerana tajuk ini adalah salah satu komponen yang paling penting dalam Bahasa Inggeris. Masyarakat yang ingin menggunakan Bahasa Inggeris dengan betul perlu menguasai topik ini kerana ia sangat penting dalam komunikasi dan penulisan.

Saya berharap agar para pembaca dapat menguasai topik ini dan menggunakan setiap ilmu yang dipelajari serta mengaplikasikannya dalam komunikasi kehidupan seharian.

Topik: Pronunciation of Silent Letters

Topik yang telah kami (Filia dan Maisarah) pilih untuk post bagi bahagian Pronunciation ialah silent letters. Silent letters merupakan huruf-huruf yang wujud didalam sesuatu perkataan tetapi tidak didengari apabila disebut. Kami telah memilih untuk menyuakan topik sebutan dan silent letters adalah untuk memberikan gambaran yang jelas kepada masyarakat Malaysia yang membaca blog kami, bahawa cara sebutan yang betul bagi perkataan yang mempunyai silent letters adalah seperti yang dijelaskan didalam video. Selain itu, kami juga menggunakan medium video di YouTube untuk memudahkan dan memberi visual kepada mereka yang memerlukan. Ia juga turut memudahkan kami untuk menjelaskan isi-isi kami.







Kami telah menjelaskan didalam video faktor-faktor yang mendorong kepada kewujudan silent letters. Kami jugak telah mengongsi beberapa perkataan yang mempunyai silent letters dan juga perkataan-perkataan yang sering masyarakat sebut dengan sebutan yang salah. Antaranya, ikan salmon.






Akhir sekali, pada penghujung video, kami telah memberikan Word of The Day dan kami meminta penonton dan pembaca untuk mengongsikan dan memikirkan apakah jawapan kepada soalan kami mengenai Word of The Day pada hari itu. Kami juga telah mengongsikan jawapan pada penerbitan pos seterusnya.