Refleksi Diri - Siti Maisarah binti Hameed Sultan (A166352)
Projek 70% yang telah ditugaskan kepada kami bertujuan untuk berkhidmat kepada masyarakat. Pada
masa yang sama, projek ini patut memberi input kepada jati diri pelajar kursus pembangunan diri. Untuk kumpulan kami, kami membuat projek yang diberi nama “It’s English Time”.
Saya merupakan ahli Kumpulan Peony. Kumpulan kami bergabung dengan Kumpulan Vivacious untuk menjimatkna masa dan melancarkan proses perjalanan projek kami. Saya merasakan projek kami dapat membantu ramai orang yang ingin belajar Bahasa Inggeris tetapi tidak mempunyai masa atau wang.
Pendekatan yang dibuat adalah melalui video dan penulisan. Kesemua input ini boleh diakses melalui blog kami yang telah diwar-warkan melalui WhatsApp. Jadi mereka hanya perlu mengakses blog kami untuk mempelajari apa yang mereka mahu. Penggunaan platform atas talian ini memudahkan orang ramai kerana mereka boleh akses bila-bila masa, dimana sahaja.
Selain dapat membantu orang ramai dari segi pemantapan Bahasa Inggeris, saya juga rasa bahawa projek ini membantu saya. Saya dapat meningkatkan pengetahuan saya dalam Bahasa Inggeris juga. Walaupun saya ialah seorang peajar kursus TESL, tetapi kita perlulah sentiasa belajar supaya kita tidak alpa dan bongkak dengan ilmu kita yang tidak seberapa itu.
Kelebihan projek ini ialah orang ramai boleh belajar Bahasa Inggeris dengan mudah. Selain itu, mereka juga dapat menjimatkan masa dan wang. Blog kami mudah diakses dan mereka dapat belajar bila-bila masa, dimana sahaja. Namun begitu, kelemahan yang terdapat dalam projek ini ialah sekiranya tiada jaringan Internet, maka orang ramai tidak dapat mengakses blog kami.
Akhir kata, projek 70% ini sepatutnya memberikan impak kepada orang ramai dan juga kepada diri sendiri. Pada saya, projek yang kami jalankan ini ada memberikan impak kepada orang ramai dari segi penggunaan Bahasa Inggeris yang betul. Projek ini juga memberikan impak kepada diri saya dari segi peningkatan pengetahuan tentang Bahasa Inggeris.

Comments
Post a Comment