Refleksi Diri - Benedict Alter (A165458)

      Pada semester ini, saya telah di beri peluang untuk membuat satu projek yang berimpak di bawah subjek Citra Pembangunan Diri. Oleh itu, kumpulan saya, iaitu kumpulan Vivacious telah bergabung tenaga dengan kumpulan Peony membentuk satu kumpulan yang besar di anggotai seramai dua belas orang. Pada awalnya kami memilih projek Proofread buddies yang menyediakan servis untuk memperbaiki esei ataupun laporan para pelajar di  Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Namun kertas kerja kami di tolak oleh Puan Fatin. Antara alasannya ialah projek sebegini melibatkan pengeluaran keluar masuk wang dan  mengambil masa yang lama. Sekali lagi kami semua duduk berbincang dan akhirnya kami mencapai kata sepakat untuk membuat projek mengajar Bahasa Inggeris melalui cara yang mudah di fahami. Projek ini sangat sesuai dengan latar belakang kami yang melanjutkan pengajian dalam bidang Bahasa Inggeris. Ini memberi peluang kepada kami untuk mengajar masyarakat di luar sedikit sebanyak ilmu yang kami pelajari. Dengan persetujuan dari Puan Fatin, kami telah menubuhkan sebuah blog sebagai medium tetap dalam berkongsi pengetahuan mengenai Bahasa Inggeris. Kami juga memuat naik video yang berkaitan dalam laman web ‘Youtube’ di samping berkongsi satu perkataan baru setiap hari.

           Sejujurnya saya berasa sangat gembira dapat menjalankan projek ini. Projek ini telah mengubah pandangan saya tentang bahasa Inggeris kerana saya mendapat lebih banyak lagi pengetahuan tentang Bahasa Inggeris walaupun hakikatnya sudah berbelas tahun sejak di bangku sekolah lagi saya di dedahkan dengan Bahasa Inggeris. Selain itu, projek ini telah menambah keyakinan golongan marhaen untuk bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Saya juga telah memperbaiki kemahiran dalam menyunting video. Di samping itu, saya telah belajar betapa pentingnya sikap berkerjasama kerana tanpa bantuan dari setiap ahli kumpulan, projek ini tidak akan berjalan dengan lancar.


          Pada pendapat saya, antara kelemahan projek ini pula ialah kekurangan intipati dalam blog kerana sepatutnya banyak lagi informasi boleh di tambah dalam masa yang diberikan. Walau bagaimanapun, saya akui saya tidak menggunakan masa yang diberikan dengan semaksima mungkin untuk menjalankan projek ini kerana kelekaan saya. Selain itu, di sebabkan posts dalam blog tidak konsisten membuatkan jumlah para pembaca blog kami tidak menentu. Antara penambahbaikan yang boleh di buat dalam projek ini ialah dengan membuat kajian terlebih dahulu melalui Google form atau temu ramah dengan orang luar. Dengan itu, kita dapat mengetahui apa yang kurang jelas dan boleh ditambah lagi tentang Bahasa Inggeris di mata masyarakat. Saya juga bercadang untuk menambah satu lagi pendekatan yang menyeronokkan dalam mengajar Bahasa Inggeris iaitu dengan mencipta kuiz melalui  laman web seperti Kahoot. Pendekatan ini boleh dijalankan selepas tamat tempoh projek di mana sesiapa sahaja boleh bermain Kahoot yang disediakan untuk mengenal pasti sama ada mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam permainan atau tidak.

Comments