Refleksi Diri - Nur Emalyn Aisyah binti Maslihaizan (A165645)

Projek 70% kumpulan kami adalah It’s English Time. It’s English Time ialah satu program yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan medium yang mudah untuk diakses oleh semua orang iaitu blog. Kami mengetengahkan kaedah audio-visual di dalam proses pengajaran dan pembelajaran kami bagi memudahkan semua golongan pelajar untuk belajar dan kami juga sertakan kaedah penulisan bagi memudahkan lagi proses pembelajaran. Kami juga juga menerapkan pembelajaran secara fun way bagi menarik minat umum untuk belajar Bahasa Inggeris.

Terdapat banyak perkara yang saya belajar dari program ini. Antaranya adalah sikap beertanggungjawab. Hal ini dikatakan demikian kerana program ini merupakan kerja kumpulan dan memerlukan semua ahli untuk bekerjasama dan melakukan tugas masing-masing. Program ini memerlukan semua ahli untuk memberi komitmen dan idea. Selain itu, saya juga mempelajari pelbagai kemahiran baru dan juga mampu memperbaiki kelemahan yang sedia ada. Hal ini kerana ini kali pertama saya melakukan program yang menggunakan blog sebagai medium pembelajaran dan pengajaran. Program ini mampu memberi kesedaran kepada saya bahawa proses pembelajaran boleh berlaku dengan pelbagai kaedah. Ianya juga sejajar dengan arus teknologi yang pesat pada masa kini. Jelaslah bahawa program ini memberi impak yang baik kepada semua.

Setiap program pasti mempunyai kelemahan. Program kami juga mempunyai beberapa kelemahan yang akan kami cuba perbaiki di masa hadapan. Antara kelemahannya adalah kurangnya komunikasi antara ahli kumpulan. Hal ini dikatakan demikian kerana komunikasi yang berkesan adalah perkara yang penting bagi memastikan sesuatu program untuk berjalan lancar. Sekiranya komunikasi kurang, maka maklumat akan gagal untuk disampaikan dengan cepat dan berkesan. Hal ini bakal memberi kesan kepada seluruh ahli dan juga akan memjejaskan perjalanan program. Perjalanan program tertanguh juga berlaku sekiranya maklumat gagal disampaikan. Jelaslah bahawa komunikasi sangat penting dan juga merupakan kelemahan utama bagi saya.

Kesimpulannya, program ini merupakan telah berjaya dijalankan dan mendapat kerjasama dari semua pihak. Program ini juga mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai. Objektif dan sasaran untuk program ini juga telah mencapai yang diigini. Diharap program ini memberi manfaat kepada semua pihak dan semoga pada masa hadapan, program sebegini dapat diteruskan dan tetap mendapat sambutan daripada orang ramai.

Comments