Refleksi Diri - Ummi Hasliza binti Hashim (A166491)
Sebagai pelajar Kursus Pembangunan Diri (LMCR 1052) Universiti Kebangsaan Malaysia, saya telah ditugaskan untuk menjalankan satu projek berkumpulan bagi memenuhi keperluan kursus tersebut. pensyarah kami telah memperuntukkan markah sebanyak 70% bagi tugasan berkumpulan tersebut. Ahli kumpulan saya yang pada asalnya terdiri daripada enam orang ahli telah bergabung dengan satu lagi kumpulan dan menjadikan ahli kami seramai 12 orang. Kami menggabungkan dua kumpulan menjadi satu kerana kami telah kesuntukan masa untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh pensyarah.
Setelah beberapa kali membuat perbincangan sesama ahli kumpulan dan pensyarah, kami telah bersetuju untuk menjalankan satu projek iaitu “It’s English Time”. Kami memilih untuk melaksanakan projek ini kerana semua ahli kumpulan kami adalah daripada Program TESL iaitu Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua. Kami percaya kami mempunyai ilmu dan kredibiliti untuk memulakan dan menjayakan projek ini. Projek ini adalah satu projek berbentuk ilmiah di mana kami menggunakan Blog dan YouTube sebagai medium untuk mengajar Bahasa Inggeris kepada masyarakat luar. Kami menggunakan Blog dan YouTube kerana kami percaya bahawa kedua-dua medium tersebut mudah diakses oleh setiap individu.
Kami menggunakan dua pendekatan dalam melaksanakan projek ini, iaitu pendekatan secara visual dan penulisan. Bagi pendekatan secara visual, kami telah merekod beberapa video untuk ditunjukkan kepada individu yang melayari pautan Blog dan YouTube kami. Pendekatan ini sangat bagus kerana masyarakat akan berasa lebih berminat untuk mempelajari Bahasa Inggeris dengan melihat video-video yang kreatif daripada kumpulan kami. Pendekatan dalam bentuk penulisan juga dapat menarik minat pembaca kerana kami menggunakan peta minda yang menarik dan kreatif dalam pengajran atas talian kami.
Pengajaran Bahasa Inggeris melalui pendekatan sebegini dilihat dapat memberi banyak faedah kepada masyarakat luar. Hal ini demikian kerana, masyarakat tidak perlu lagi berasa terbeban dari segi masa dan wang untuk mempelajari Bahasa yang dianggap susah ini. Mereka hanya perlu mempunyai jaringan internet yang baik untuk mengakses Blog dan Youtube untuk mengambil input daripada medium yang kami sediakan. Kami juga telah menyediakan input yang mudah difahami supaya mereka tidak berdepan kesukaran semasa mempelajari Bahasa Inggeris.
Setiap ahli kumpulan telah bekerja keras dan telah memberi kerjasama yang baik dalam menjalankan tugasan ini. Kami telah merujuk pelbagai buku dan maklumat di internet sebelum berkongsi input-input tentang pelbagai topik Bahasa Inggeris di Blog dan YouTube kami. Kami berharap agar dengan adanya medium sebegini, masyarakat luar akan berasa lebih yakin dan dapat memupuk minat yang mendalam untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Kami juga mempunyai harapan untuk menghapuskan pemikiran negatif yang ada dalam diri setiap individu yang mengatakan bahawa Bahasa Inggeris adalah bahasa yang sukar untuk dipelajari.

Comments
Post a Comment