Refleksi Diri - Nurul Najwani Bt Zulkifli (A164017)

Projek berkumpulan yang dianjurkan oleh kumpulan Peony dan Vivacious adalah berteraskan pembelajaran di atas talian dan menggunakan medium blog, yang pada pendapat saya amat mudah di akses dan berkesan memandangkan majoriti masyarakat di Malaysia yang dapat mengakses Internet dengan mudah. Selain daripada itu, tujuan utama projek ini dijalankan adalah untuk memberi tutorial yang mudah difahami oleh masyarakat tempatan.

Sepanjang projek ini berlangsung, saya mendapati diri saya sentiasa mempelajari perkara baharu terutamanya apabila terdapat maklum balas yang bertanyakan soalan-soalan mengenai topik-topik yang di ajarkan di blog. “It’s English Time” juga bertujuan membantu orang ramai yang ingin mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih mendalam tanpa mengeluarkan apa-apa kos.

Saya dan rakan-rakan bekerjasama membahagi tugas supaya setiap hari, terdapat pembelajaran baharu yang di hantar ke blog dan memastikan setiap pertanyaan di jawab dengan etika. Saya mendapati bahawa, tidak kira apa jenis medium yang di gunakan, kita hendaklah ikhlas member dan berkongsi ilmu yang kita ketahui supaya ilmu itu dapat dimanfaatkan dengan orang ramai sebaik mungkin.

Antara aspek penyelesaian masalah yang berlaku adalah apabila saya dan rakan saya mengalami masalah teknikal dengan video yang dirakam. Hal ini berlaku kerana masalah yang timbul apabila klip yang dirakam adalah tersekat-sekat dan suara yang dikeluarkan tidak jelas. Oleh itu, kami bersetuju merakam semula semua babak dan memperbaiki cara kami menyimpan video tersebut. Kami perlu mengulang semula mengedit video tersebut sebelum di muat naik ke blog.

Kepimpinan didalam projek ini adalah sangat baik apabila ketua kami iaitu Siti Maisarah, memantau gerak kerja setiap ahli kumpulan dan menggesa ahli kumpulan yang lalai menyiapkan kerja. Beliau juga membahagikan tugas secara efektif kepada semua ahli kumpulan. Beliau berkomunikasi dengan kami setiap masa melalui group Whatsapp dan meminta ahli kumpulan mengemaskini blog sekiranya terdapat masalah yang berlaku.

Di harapkan melalui projek kami ini, kami dapat membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan dalam mempelajari bahasa Inggeris secara ringkas dan mudah difahami. Semoga semua pihak mendapat manfaat dan impak yang cemerlang sepanjang projek bloh ini berlangsung.

Comments