Refleksi Diri - Nur Asyikin Bt Mohd Zaki (A163120)
Kursus Pembangunan Diri (LMCR1052) sepertimana
namanya mengajar pelajar untuk bersikap professional dan berdikari dalam
menjalankan tugasan yang diberi. Jika ditanya apakah yang saya pelajari
sepanjang kursus ini, jawapan pertama yang saya akan berikan ialah kursus ini
merupakan satu latihan persedian untuk alam pekerjaan yang bakal dihadapi oleh
graduan kelak. Saya menjawab sedemikan kerana saya percaya, akan datang, jika
kita diterima bekerja disebuah syarikat, atau institusi, kita tidak akan
diberikan tugasan yang mudah, diawal tugasan kita akan diuji dengan projek yang
berada diluar zon keselesaan kita untuk melihat samada kita mampu bekerja
dibawah tekanan dan mempunyai kemahiran untuk menyempurnakan tugasan yang
diberikan. Perkara kedua yang saya pelajari, ialah kerjasama sepasukan amat
penting kerana seperti yang pernah disebut oleh pensyarah kami, setiap orang
mempunyai kemampuan dan kelemahan yang berbeza.
Untuk menghasilkan projek yang berkualiti, sukar untuk dilakukan tanpa
usaha bersama.
Bagi projek yang bernilai 70% kami pula, atas
persetujuan semua ahli pasukan, kami membangunkan sebuah platform yang memberi
khidmat bantuan Bahasa Inggeris kepada orang ramai kerana pasukan kami yang
terdiri daripada pelajar TESL mempunyai kefahaman yang mencukupi tentang bahasa
tersebut. Perancangan awal kami ialah “Proofread Buddies”, suatu khidmat
menerusi email yang memberikan bantuan semakan projek dan essay Bahasa Inggeris
pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia.
Namun, idea projek tersebut ditolak oleh pensyarah kami kerana ianya
merupakan sesuatu yang rumit. Oleh sebab itu, kami wujudkan satu blog yang
dinamakan “It’s English Time” untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan,
dan mempunyai kekangan masa, mempelajari Bahasa Inggeris secara seronok dan
mudah, tanpa bayaran dan pada bila-bila masa sahaja asalkan mempunyai jaringan
internet.
Untuk projek ini juga, kami dibahagikan mengikut dua
kumpulan iaitu Peonies dan Vivacious. Setiap kumpulan ini juga mempunyai tugas
masing-masing untuk memastikan blog kami sentiasa aktif. Sebagai contoh, satu
kumpulan mengajar Bahasa Inggeris menggunakan medium interaktif seperti video,
dimana mereka mencipta video yang singkat tetapi menarik dan bermanfaat. Tidak
hanya dimuatnaik ke blog, video-video
tersebut turut dimuatnaik ke Youtube. Kumpulan yang seterusnya pula, ditugaskan
untuk berkongsi maklumat menerusi penulisan diblog tersebut. Apa yang menarik
perhatian saya ialah penggunaan gambar, melihat kreativiti penulis untuk
mengaitkan gambar tersebut dengan topik yang diterang. Ianya amatlah menarik.
Akhir kata, saya amat mengagumi kemampuan ketua
kami, Mai, kerana sangat perihatin akan kemajuan projek dan ahli pasukan. Mai
juga merupakan seorang yang berfikiran jauh, bagi mengelakkan permasalahan pada
masa akan datang, dia terlebih dahulu membahagikan tugasan, agar setiap ahli
maklum akan tugasan masing-masing mereka. Selain itu, setiap ahli juga amat
memahami kelainan kolej dan jadual kuliah masing-masing dan tidak memaksa untuk
melakukan perjumpaan secara semuka. Platform media social, Whataspp digunakan
sepenuhnya untuk menanyakan progress, cadangan dan perbincangan. Syukur, di penghujung
projek, setiap ahli rela berganding bahu dan saling bantu-membantu untuk
merealiasikan projek bersama ini.
Comments
Post a Comment