Refleksi Diri - Ain Khomisah Abdul Mu'ti (A166540)
Kursus Pembangunan Diri I (LMCR1052) telah menetapkan bahawa bagi memenuhi kriteria untuk penilaian 70 peratus kami telah disuruh untuk memilih khidmat yang boleh diberikan kepada masyarakat sekeliling. Saya Ain Khomisah Abdul Mu’ti (A166540) dari kumpulan Vivacious telah memilih untuk melakukan khidmat mengajar Bahasa Inggeris secara atas talian kepada pelajar-pelajar yang memerlukan. Kumpulan saya telah bergabung dengan kumpulan Peony kerana kami semua merupakan pelajar TESL. Oleh itu, kami berpendapatan bahawa kami patut menggunakan kelebihan kami itu setelah pensyarah kami, Puan Fatin Hazwani menasihatkan kami untuk menggunakan kebolehan yang ada untuk dijadikan sebagai suatu perkhidmatan. Sebab lain mengapa kami memilih untuk mengajar secara atas talian secara percuma ialah kerana kerugian dari segi kewangan dan masa boleh dielakkan.
Sepanjang proses mengendalikan projek ini, kami telah menetapkan bahawa prinsip utama isi kandungan blog dan video kami adalah dalam bentuk tidak formal dan “fun” kerana pengguna kami merupakan pelajar yang ingin belajar Bahasa Inggeris. Seperti yang kita tahu, Bahasa Inggeris ialah satu jenis ilmu yang berkaitan dengan bahasa. Maka,dalam pembelajaran bahasa kita haruslah menggunakan pendekatan yang menarik supaya lebih mudah untuk pelajar bahasa untuk menghafal perkataan baharu atau peraturan-peraturan yang ada.
Dari mula lagi kami telah berusaha untuk memasukkan aspek-aspek yang penting ke dalam projek kami. Aspek-aspek berikut ialah merupakan yang diperlukan dalam membangunkan diri sendiri dari segi fizikal dan mental.Salah satu daripada aspek yang paling penting ialah komunikasi dan empati. Komunikasi dalam kumpulan kami sendiri di antara ahli telah dibina dan diperkukuhkan dengan melakukan aktiviti yang ada dalam projek bersama-sama dan mengikuti arahan ketua kumpulan. Manakala,komunikasi kami dengan pensyarah telah terbina dengan baik apabila kami melakukan konsultasi dengannya tentang projek kami serta membaik apa-apa kekurangan yang telah disebut. Akhir sekali komunikasi antara kami dan pengguna perkhidmatan kami dibina melalui proses pembelajaran interaktif secara atas talian kami yang memberikan maklum balas apabila ditanya oleh mereka tentang sesebuah topik Bahasa Inggeris yang tidak difahami.
Dari segi empati pula, sepanjang program berlangsung saya dapat memerhatikan bahawa kami semua telah berjaya membina perasaan empati terhadap pengguna perkhidmatan kami terutamanya mereka yang kurang menguasai Bahasa Inggeris. Mereka sudah semestinya berasa rendah diri terutamanya apabila rakan-rakan mereka yang lain ramai yang menguasai subjek tersebut dengan mudah. Jadi kami yang lebih berpengetahuan ini telah berasa bahawa kami perlu untuk membantu mereka yang telah disebutkan supaya menjadi lebih dari sebelumnya.
Kesimpulannya saya telah berasa begitu puas hati dengan apa yang saya dan ahli kumpulan lakukan untuk projek 70 peratus kursus Pembangunan Diri I kami. Saya juga berharap agar perkara-perkara positif yang telah bertambah dalam diri saya akan berkekalan dan membantu untuk menjadikan diri saya lebih baik sekarang.

Comments
Post a Comment