Refleksi Diri Aliya Syaffa (A163838)
REFLEKSI PROJEK “IT’S ENGLISH TIME”
Oleh: Aliya Syaffa binti Shahril (A163838)
Projek “It’s English Time” ialah sebuah projek gabungan Peony dan Vivacious yang mempunyai ahli kumpulan seramai dua belas orang. Kami adalah sekumpulan pelajar TESL, tahun pertama, yang mengambil kursus citra Pembangunan Diri di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan kami bersama untuk melakukan projek ini adalah untuk membantu masyarakat Malaysia mefasihkan dan menyedari kepentingan berbahasa Inggeris. Untuk projek ini, kami telah berkumpul dan berbincang ramai-ramai untuk perlantikan ahli jawatankuasa, pembuatan proposal dan pembahagian tugas. Pada pendapat saya, projek ini telah banyak membantu saya menambah ilmu pengetahuan seperti cara-cara pembikinan blog dan memahirkan kemahiran bekerjasama dan berkomunikasi dengan ahli-ahli lain. Selain daripada itu, saya juga berasa amat bersyukur atas semua kerjasama dan pengorbanan masa daripada semua ahli-ahli untuk menjayakan projek ini. Seterusnya, kami juga telah menerbit dua buah blog iaitu satu untuk blog projek “It’s English Time” dan satu lagi untuk blog formal seharian yang menjejaki perjalanan projek tersebut. Pengalaman yang paling menyeronokkan untuk saya ialah apabila merakam sebuah video untuk dibentangkan kepada Puan Hazwani, bahagian yang saya dan rakan saya ialah latar belakang projek. Saya juga bangga kerana semua rakan-rakan saya bertungkus-lumus untuk melengkapkan kedua-dua blog kami. Saya berharap projek kami iaitu “It’s English Time”, dapat membantu semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris. Akhir sekali, kami juga berharap agar masyarakat sedar kepentingan bahasa Inggeris dapat meningkatkan peluang pekerjaan masyarakat dan peluang melanjutkan pelajaran para pelajar di Malaysia.

Comments
Post a Comment