Adjective (Ways to identify it)

Oleh: Nur Asyikin Mohd Zaki



Untuk post seterusnya, saya mengfokuskan cara untuk mengenalipasti Adjective. Jika ramai masih ingat cara yang selalu diajar di sekolah ialah, kenalpasti sama ada Adjective tersebut menjawab persoalan seperti “Yang mana? Jenis Apa? Jumlahnya? Siapa?”

Namun masih ramai keliru dengan cara ini. Maka saya perkenalkan dua cara yang saya pelajari dari buku “Master your English Grammar”

Cara pertama menerangkan bahawa kebanyakkan Adjective boleh dijumpaai disebelah kiri Kata Nama (Noun) kerana selain Adjective hanya possessive pronoun atau adjective yang akan berada disebelah kiri Kata Nama (Noun). Jika dipisahkan dua perkara tersebut, maka yang tinggal ialah Adjective.




Jika masih keliru samada perkataan tersebut Adjective atau tidak. Cara kedua boleh membantu pelajar mengenali yang mana Adjective berdasarkan suffix

Contoh suffix: -ing, -able,-ible,-eng, -less, -ate, -full, -a, -y, -ous, dan –ive.




Antara sebab-sebab utama saya mengfokuskan topik ini kerana, kebanyakkan rakan saya tidak mempunyai masalah mengenalpasti Kata Sifat dalam ayat Bahasa Melayu tetapi tidak mampu mengenalpasti Adjectives didalam ayat Bahasa Inggeris. Oleh sebab itu, saya kongsikan cara-cara dan peraturan yang saya pelajari untuk membantu menjelaskan topik ini


Selain itu, segala maklumat yang saya paparkan di post-post terdahulu saya peroleh dari buku, “Master your English Language.” Buku yang digunakan dan disyorkan oleh pensyarah English Grammar II saya di UPSI.

Comments