Refleksi Diri - Nor Najihah binti Mostafa Kamal (A166286)
Projek ‘It’s English Time’ ialah satu projek anjuran, pelajar tahun 1 jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (TESL), sebagai projek 70% kursus Citra Pembangunan Diri. Saya sebagai salah seorang daripada 12 ahli kumpulan yang terdiri daripada dua kumpulan kecil yang bernama Peony dan Vivacious. Kami telah bersetuju untuk menggabungkan projek kami kerana faktor kesuntukan masa dan juga kerana projek yang mempunyai objektif dan bentuk projek yang hampir sama.
Daripada projek ini saya telah mempelajari beberapa perkara berfaedah yang membolehkan saya memperbaiki diri saya dari pelbagai aspek. Saya juga tahu dan faham kenapa projek ini bernilai 70% kerana ia banyak membantu saya. Hal ini juga membenarkan saya untuk menulis beberapa refleksi diri penting yang saya capai sepanjang projek berjalan. Antaranya, sebelum ini saya seorang pelajar Asasi UITM. Tempoh pengajian saya hanya setahun jadi saya tidak perlu menjalankan banyak aktiviti yang berasaskan projek oleh kerana masa yang tidak mencukupi. Tetapi saya pelajari bahawa di UKM, untuk mendapatkan gred yang bagus saya tidak boleh hanya belajar sahaja. Hal ini, menjadikan diri saya lebih bijak dalam menguruskan jadual harian, menguruskan diri dan juga menguruskan hal pelajaran.
Seterusnya, saya telah meningkatkan diri saya dari segi berkerja dalam berkumpulan. Kumpulan kami mempunyai 12 ahli kumpulan, maksudnya saya perlu bekerjasama dengan 12 perangai dan individu yang berbeza. Oleh sebab itu, saya telah lihat perubahan diri saya kerana apabila bekerja dengan ramai orang, kita haruslah melakukan kerja kita tepat pada masanya agar kerja orang lain tidak terganggu dan saya boleh lihat bahawa kebanyakkan kerja saya tidak tertangguh dan sentiasa siap pada masa yang sepatutnya.
Selain itu, projek kami juga membolehkan saya melakukan banyak perkara baharu. Sebagai contoh, saya perlu mengajar orang lain tentang Bahasa inggeris. Selain itu, saya harus mengendalikan projek kerana saya adalah antara AJK tertinggi projek. Saya juga perlu menggunakan beberapa laman web (antaranya blogspot) yang saya tidak pernah gunakan sebelum ini. Saya juga telah mempelajari cara-cara berkomunikasi dan berurusan dengan orang-orang yang bermacam ragam. Yang berada dalam kumpulan saya dan juga berurusan dengan orang luar yang lebih berumur daripada diri saya.
Secara kesimpulannya, melalui projek ini saya telah mempelajari banyak perkara yang berfaedah buat diri saya. Saya juga merasakan projek ‘It’s English Time’ kami ini merupakan satu projek yang sesuai untuk subjek Citra Pembangunan Diri kerana saya dapat lihat perubahan dalam diri saya. Saya mengharap projek kami yang awalnya adalah untuk subjek ini sahaja, dapat membantu orang ramai di luar sana supaya menjadi lebih yakin untuk berbahasa inggeris kerana Bahasa inggeris ini sebenarnya tidaklah sesukar yang disangkakan.

Comments
Post a Comment