Refleksi Diri - Farashafilia binti Saipollah (A163387)

Perlaksanaan blog ini dijalankan oleh dua kumpulan, Peony dan juga Vivacious. Pada awalnya, kami telah berbincang untuk membuat servis proofreading namun ide kami itu telah ditolak. Maka, kami bercadang untuk menubuhkan blog yang dapat membantu rakyat Malaysia yang ingin membelajari Bahasa Inggeris.

Kami bercadang untuk mengendalikan projek ini dengan dua cara, iaitu secara lisan dan penulisan. Kami telah menggunakan medium YouTube sebagai medium untuk kami mengendalikan projek secara lisan. Kami telah menggunakan kedua-dua Bahasa, Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu untuk memberikan keterangan didalam semua isi video. Hal ini, adalah untuk membantu pemca dan penontoton untuk lebih memahami isi yang diterangkan.

Antara perkara yang telah kami jelaskan menggunakan blog secara penulisan adalah penerangan tentang ‘tenses’. Penulisan sebegini mungkin tidak dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada penbaca tetapi ia membantu mereka yang tidak mempunyai masa ataupun jaringan internet yang banyak untuk menonton video kami. Semasa pembikinan blog, kami telah mengambil kira pelajar-pelajar yang tidak seuntung yang lain untuk memiliki sumber jaringan internet yang banyak, maka terhasilah isi-isi blog.

Selain itu, kami telah memuat naik beberapa video kedalam YouTube, dan menyediakan pautan kedalam blog bagi memudahkan pembaca untuk membuka halamn video dengan hanya satu klik. Tujuan kami membuat video-video tersebut adalah untuk membantu mereka yang memerlukan visual untuk belajar. Selain itu, kami juga mempunya video tentang cara sebutan perkataan, iaitu ‘Silent Letters’ dimana ada huruf yang terkandung dalam sesuatu perkataan itu, tidak akan didengari apabila menyebutnya. Sepanjang proses pembikinan video ini, saya sendiri banyak mempelajari beberapa perkataan baru. Secara tidak langsung, saya dapat miningkatkan ilmu saya sambal mengongsi ilmun dengan orang diluar sana.

Banyak perkara yang kami lalui semasa proses projek ini berjalan, ada kalanya kami terlalu sibuk dengan kerja yang lain sehingga terlupa dengan kerja yang satu ini. Namun, dengan kerja sama yang baik daripada ahli-ahli kumpulan, saya berasa semua kerja menjadi mudah. Sepanjang menjalankan projek ini saya mendapat banyak faedah dan juga pelajaran. Saya perlu lebih peka dengan pengurusan masa dan kerja sama berkumpulan.

Sejujurnya saya berbangga dengan projek ini walaupun banyak memberi tekanan kepada saya. Ini desebabkan, walaupun pemprosesan projek ini sedikit mengambil masa, saya bangga apabila dapat membantu orang lain mempelajari seusatu yang baru dan mudah tentang Bahasa Inggeris. Seain, mengajar masyarakat Malaysia, projek ini juga telah membuka mata saya kepada perkara-perkara lain yang saya sendiri baru mengetahui.

Comments