Refleksi Diri - Benedict Alter (A165458)
Pada
semester ini, saya telah di beri peluang untuk membuat satu projek yang
berimpak di bawah subjek Citra Pembangunan Diri. Oleh itu, kumpulan saya, iaitu
kumpulan Vivacious telah bergabung tenaga dengan kumpulan Peony membentuk satu
kumpulan yang besar di anggotai seramai dua belas orang. Pada awalnya kami
memilih projek Proofread buddies yang
menyediakan servis untuk memperbaiki esei ataupun laporan para pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Namun
kertas kerja kami di tolak oleh Puan Fatin. Antara alasannya ialah projek
sebegini melibatkan pengeluaran keluar masuk wang dan mengambil masa yang lama. Sekali lagi kami
semua duduk berbincang dan akhirnya kami mencapai kata sepakat untuk membuat
projek mengajar Bahasa Inggeris melalui cara yang mudah di fahami. Projek ini
sangat sesuai dengan latar belakang kami yang melanjutkan pengajian dalam
bidang Bahasa Inggeris. Ini memberi peluang kepada kami untuk mengajar
masyarakat di luar sedikit sebanyak ilmu yang kami pelajari. Dengan persetujuan
dari Puan Fatin, kami telah menubuhkan sebuah blog sebagai medium tetap dalam berkongsi
pengetahuan mengenai Bahasa Inggeris. Kami juga memuat naik video yang berkaitan
dalam laman web ‘Youtube’ di samping berkongsi satu perkataan baru setiap hari.
Sejujurnya
saya berasa sangat gembira dapat menjalankan projek ini. Projek ini telah
mengubah pandangan saya tentang bahasa Inggeris kerana saya mendapat lebih banyak
lagi pengetahuan tentang Bahasa Inggeris walaupun hakikatnya sudah berbelas
tahun sejak di bangku sekolah lagi saya di dedahkan dengan Bahasa Inggeris.
Selain itu, projek ini telah menambah keyakinan golongan marhaen untuk bertutur
dan menulis dalam Bahasa Inggeris. Saya juga telah memperbaiki kemahiran dalam
menyunting video. Di samping itu, saya telah belajar betapa pentingnya sikap
berkerjasama kerana tanpa bantuan dari setiap ahli kumpulan, projek ini tidak
akan berjalan dengan lancar.
Pada
pendapat saya, antara kelemahan projek ini pula ialah kekurangan intipati dalam
blog kerana sepatutnya banyak lagi informasi boleh di tambah dalam masa yang
diberikan. Walau bagaimanapun, saya akui saya tidak menggunakan masa yang
diberikan dengan semaksima mungkin untuk menjalankan projek ini kerana kelekaan
saya. Selain itu, di sebabkan posts
dalam blog tidak konsisten membuatkan jumlah para pembaca blog kami tidak
menentu. Antara penambahbaikan yang boleh di buat dalam projek ini ialah dengan
membuat kajian terlebih dahulu melalui Google
form atau temu ramah dengan orang luar. Dengan itu, kita dapat mengetahui
apa yang kurang jelas dan boleh ditambah lagi tentang Bahasa Inggeris di mata
masyarakat. Saya juga bercadang untuk menambah satu lagi pendekatan yang
menyeronokkan dalam mengajar Bahasa Inggeris iaitu dengan mencipta kuiz
melalui laman web seperti Kahoot. Pendekatan ini boleh dijalankan
selepas tamat tempoh projek di mana sesiapa sahaja boleh bermain Kahoot yang disediakan untuk mengenal pasti
sama ada mereka dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dalam permainan
atau tidak.