Posts

Showing posts from November, 2017

Topik : Noun

Saya, Benedict Alter dan Santhiyah Subramaniam telah memilih tajuk Noun atau lebih dikenali sebagai kata nama dalam Bahasa Malaysia. Noun merupakan salah satu komponen asas yang penting dalam pertuturan mahupun penulisan dalam Bahasa Inggeris. Kami beranggapan bahawa masih ramai lagi rakyat Malaysia kurang jelas dengan Noun dan jenis-jenis Noun yang ada. 

Oleh itu, kami berdua telah berbincang dan menggunakan carian Google untuk mencari lagi pengetahuan yang berkaitan. Antara laman web yang kami layari ialah learnersdictionary.com. Kami pada awalnya menjelaskan apa itu Noun secara umumnya. Kemudian kami secara spesifiknya menjelaskan penggunaan salah satu jenis Noun iaitu Collective noun atau kata nama kolektif. Ramai yang tidak tahu bahawa collective noun sebenarnya menggunakan singular verb selalunya. Kami juga telah menambah beberapa contoh agar masyarakat mendapat konsep collective noun dengan lebih mudah.



Topik : Verbs (Action Verbs)

Topik: Verbs (Action Verbs)



Kami dari kumpulan Peony dan Vivacious iaitu, Nurul Najwani dan Ain Khomisah telah memilih topik Verbs atau kata kerja untuk pembelajaran pada post kali ini. Seterusnya, kami membahagikan tugas kepada dua subtopik iaitu Action Verbs dan Stative Verbs.

Untuk bahagian saya, saya membuat mengenai Action Verbs. Action Verbs adalah kata kerja yang mengekspresikan kata kerja berdasarkan aksi. Contohnya berjalan, berlari, bermain dan bersenam. Action Verbs pula terbahagi kepada dua iaitu transitif dan intansitif.

Di harapkan para pelajar dapat membezakan action verbs dan stative verbs dan mengaplikasikan pengetahuan ini pada komunikasi bahasa Inggeris seharian.





Penubuhan blog

Dengan idea bertujuan untuk membantu masyarakat Malaysia belajar Bahasa Inggeris, kedua-dua kumpulan iaitu Vivacious dan Peony telah bergabung tenaga dan menubuhkan sebuah blog sebagai medium tetap. Pelbagai cadangan nama projek telah diajukan seperti Fun With English, English is fun dan It’s English time. Akhirnya, kami sebulat suara setuju dengan nama It’s English Time. Blog ini telah ditubuhkan pada 22 November 2017. Blog ini telah ditubuhkan dengan bantuan Nasimah dan latar belakangnya yang ceria pula telah diubahsuai oleh Benedict. Di blog inilah kami akan berkongsi pengetahuan melalui topik-topik yang asas seperti nouns, modality, verb dan adjective. 


Selain itu, bagi memantapkan lagi kosa kata bahasa Inggeris, kami telah menambahbaik blog dengan meletakkan satu perkataan baru (Word of The Day) beserta dengan beberapa contoh setiap hari. 


Melalui cara ini, kami berharap sekurang-kurangnya para pembaca dapat menambah ilmu sedikit demi sedikit dan mempraktikannya dalam kehidupan seharian.

Konsultasi Ketiga

          Selepas penambahbaikan proposal yang kedua, satu lagi sesi konsultasi diadakan. Sesi konsultasi yang ketiga ini dijalankan melalui Whatsapp sahaja kerana kesuntukan masa. Ini kerana kedua-dua pihak tidak mempunyai masa untuk berjumpa secara bersemuka. Puan Fatin Hazwani juga penah berkata bahawa konsultasi secara online juga diterima.
          Konsultasi ketiga diadakan dan diwakili oleh Siti Maisarah. Konsultasi berlangsung pada 21 November 2017. Maisarah menghantar proposal dan gantt chart untuk disemak oleh Puan Fatin Hazwani. Setelah disemak, Puan Fatin mengatakan bahawa projek kami boleh difokuskn dalam 2 pendekatan yang berbeza. Mengikut idea asal, kami ingin mebuat blog dan mengajar Bahasa Inggeris melalui video sahaja.
          Menurut Puan Fatin, disebabkan jumlah ahli kami yang besar iaitu 12 orang, lebih elok jika ada pendekatan yang berbeza.Maka Puan Fatin berkata bahawa tema perlu diubah dan perlu ada dua tema yang berbeza. Dua pendekatan yang kami akan fokuskan adalah pengajaran melalui video dan penulisan.
          Setelah sesi konsultasi selesai, Maisarah menyampaikan maklumat tersebut dalam Whatsapp kepada ahli kumpulan yang lain. Maka, pembahagian tugas terus dijalankan. Kumpulan Peony mengambil pendekatan melalui video manakala Kumpulan Vivacious akan membuat dalam bahagian penulisan. Tema di dalam proposal juga telah diubah mengikut apa yang dinasihatkan oleh Puan Fatin Hazwani.

Perbincangan Kedua

Oleh sebab kertas kerja kami untuk membuat projek Proofread Buddies telah ditolsk, kami telah membuat perbincangan kedua di mana kami turut membincangkan idea bagi kertas kerja ynag baru. Kami telah berkumpul dan mengadakan perbincangan di Pusat Pengajuan Bahasa dan Linguistik.

Setelah berbincang, kami telah bersetuju untuk membuat Projek It's English Time dengan menggunakan Blog dan YouTube sebagai medium kepada masyarakat luar untuk mempelajari Bahasa Inggeris. Kertas kerja yang kedua telah disiapkan oleh ahli jawatankuasa projek dan disemak oleh beberapa orang ahli kumpulan sebelum dihantar kepada pensyarah untuk mendapatkan kelulusan. 


Konsultasi Kedua

Pada 20 November 2017, kumpulan Vivacious dan Peony telah berjumpa dengan Puan Fatin Hazwani bagi mengadakan konsultasi kedua kami bertempat di Pusat Citra, UKM. Semasa konsultasi kedua ini, kami telah membentangkan kertas kerja kami bagi memperoleh kelulusan dari pensyarah penasihat kami, Puan Fatin Hazwani.

Kertas kerja yang telah kami bentangkan pada hari konsultasi tersebut adalah mengenai projek asal kami iaitu “Proofread Buddies”. Pada asalnya, kami berniat untuk melaksanakan program ini kerana jumlah ahli kami yang ramai. Namun begitu, setelah kami membentangkan kertas kerja kami kepada pensyarah penasihat, beliau menerangkan segala kekangan yang mungkin kami akan hadapi ketika melaksanakan projek ini.

Antara kekangan yang mungkin dihadapi ialah:
  1. Pelaksaan proofread akan memakan masa yang terlalu panjang. 
  2. Kami masih tidak mempunyai pengalaman untuk melakukan proofread.
  3. Pelanggan mungkin akan mengambil kesempatan kerana kami melakukan servis ini secara percuma.
Setelah mendengar penjelasan dari Puan Fatin Hazwani, kami memahami setiap kekangan yang mungkin akan kami hadapi. Oleh itu, beliau menyarankan suatu projek yang baru untuk kami laksanakan iaitu pengajaran Bahasa Inggeris menggunakan pendekatan lidah Melayu. Hal ini kerana, jarang sekali kita dapat lihat pembelajaran Bahasa Inggeris dilaksanakan menggunakan pendekatan lidah Melayu, justeru, sesetengah individu yang lemah dalam Bahasa Inggeris akan kurang berminat untuk mempelajari bahasa ini.

Puan Fatin Hazwani juga mencadangkan pengajaran ini dilaksanakan secara atas talian dan menggunakan blog. Video-video juga perlu diletakkan bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Setelah mendapat penjelasan yang cukup jelas oleh beliau, ahli kumpulan Vivacious dan Peony telah bergabung tenaga membangunkan projek baru kami iaitu "It's English Time".

Penghasilan Proposal

          Kami mengadakan perjumpaan sekali lagi pada 08 November 2017 untuk penghasilan proposal. Perbincangan diadakan secara berdepan dan juga melalui WhatsApp.  Kami berjaya menghasilkan proposal tersebut selepas 2 hari.

Pelantikan Ahli Jawatankuasa

Kami mengadakan perbincangan untuk melantik ahli jawatankuasa. Pelantikan ini dibuat untuk melancarkan lagi gerak kerja projek ini. Selepas perbincangan dan persetujuan semua, struktur organisasi adalah seperti yang berikut :

Pengarah Projek
Siti Maisarah binti Hameed Sultan
A166352

Ketua Projek
Ummi Hasliza binti Hashim
A166491

Timbalan Ketua Projek
Nurul Najwani binti Zulkifli
A164017

Setiausaha
Nor Najihah binti Mostafa Kamal
A166286

Timbalan Setiausaha
Nur Emalyn Aishah binti Maslihaizan
A165645

Exco Teknikal 
Nasimah binti Shamsuri
A166628

Exco Publisiti
Ain Khomisah binti Abdul Mu’ti
A166540

Ahli Jawatankuasa :
1. Benedict Alter Mambang anak Unang
A165458
2. Nur Asyikin binti Mohd Zaki
A163120
3. Farashafilia binti Saipollah
A163387
4. Aliya Syaffa binti Shahril
A163838
5. Santhiyah a/p Subramaniam
A166450

Perbincangan Pertama

          Selepas konsultasi pertama, kami mengadakan perjumpaan pertama iaitu pada 07 November 2017 bersama ahli kumpulan. Perbincangan yang diadakan ialah melalui perjumpaan dan juga menggunakan WhatsApp kerana ada yang tidak dapat menghadirkan diri. Kami mengadakan perbincangan untuk menentukan projek apa yang kami akan laksanakan. Disebabkan kami mempunyai jumlah ahli yang agak ramai iaitu 12 orang, maka kami bercadang untuk membuat sesuatu yang sedikit mencabar dan agak berat.
          Selepas perbincangan, kami sebulat suara ingin membuat satu projek dimana kami akan menyediakan platform supaya pelajar UKM boleh menghantar kerja mereka kepada kami untuk di proofread. Kami bercadang untuk membuat projek sedemikian kerana jumlah ahli kami yang ramai dan juga kerana semua ahli kami adalah pelajar TESL.
          Kami berbincang tentang cara untuk mengendalikan projek tersebut. Kami akan membuat satu akaun email yang akan kami war-warkan kepada orang ramai. Sesiapa yang memerlukan perkhidmatan kami hanya perlu emailkan kerja mereka kepada email tersebut. Dari situ, kami akan membahagikan tugas. Semua ahli perlu membuat sekurang-kurangnya tiga tugasan tersebut.
          Kami juga membincangkan tentang nama projek, tagline dan alamat email yang bersesuaian. Antara nama-nama yang dicadangkan adalah Proofread Zone, Proofreading Buddies, Magic POOF! reading dan Rainbow & Glitters Proofread. Atas persetujuan ramai, nama yang kami pilih ialah Proofread Buddies.Tagline juga ada dibincangkan. Antara cadangannya ialah "MAking your life easier" ,"We proofread, you succeed" dan "Proofread today, success tomorrow". Tagline yang dipilih ialah "We proofread, you succeed". Alamat email yang akan kami gunakan ialah prbuddiesukm@gmail.com. Selepas perbincangan tersebut berakhir, alamat email terus dibuat menggunakan alamat email yang dipersetujui.

Konsultasi Pertama

       Pada 06 November 2017, Kumpulan Peony dan Kumpulan Vivacious berada di Hotel Puri Pujangga untuk sesi konsultasi pertama dengan Puan Fatin Hazwani. Kami merupakan dua kumpulan yang berbeza pada asalnya. Penggabungan kumpulan terhasil diatas cadangan Puan Fatin Hazwani sendiri untuk menjimatkan masa dan memaksimakan kerja yang dihasilkan.
         Idea awal kedua-dua kumpulan dibubarkan kerana penggabungan kumpulan. Disebabkan kesemua ahli kumpulan adalah pelajar TESL maka kami bercadang untuk menjalankan projek yang memfokuskan kepada Bahasa Inggeris sendiri. Puan Fatin Hazwani juga menyatakan bahawa kami perlu menggunakan kelebihan yang ada pada diri kami untuk membantu orang lain.